- PPKR Adalah sebuah program yang di anjurkan oleh SKMM untuk meningkatkan kawasan liputan dan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi .
- PPKR akan dapat membantu komuniti tempatan untuk mengurangkan jurang digital, ainya juga mampu menyediakan peluang untuk memasarkan ekonomi tempatan melalui internet . perkembangan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan celik IT di kalangan luar bandar .
Matlamat PPKR adalah untuk membangun dan melaksanakan program bersepadu yang :-
1. 1 Mempunyai kesan sosio - ekonomi yang positif kepada komuniti.
1.2 Menyediakan perkhidmatan komunikasi sebagai pentas pembangunan kapasiti pada masa kini dan akan datang melalui akses kepada kemudahan rangkaian komunikasi secara berkelompak kepada komuniti tempatan .
Matlamat serta objektif bagi elemen pembangunan kapasiti di dalam PPKR adalah seperti berikut :-
1.1 Membolehkan komuniti diluar bandar menimba kemahiran , pengetahuan dan pengalaman melalui penggunaan kemudahan komunikasi dan multimedia.
1.2 menghubungkan komuniti di luar bandar dengan pengetahuan ekonomi sosial dan membantu menggunakan teknologi.
1.3 mempertingkatkan kefahaman infomasi dan peluang untuk komuniti di luar bandar dalam pembangunan sosio - ekonomi .
KEDAI. KOM
kedai KOMUNIKASI RAKYAT yang di kenali sebagai " kedaikom " merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia( SKMM ) dibawah Program Pembangunan komunikasi rakyat( PPKR ) untuk meyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT .Program ini akan dapat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio - ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang di sediakan .
Kos bagi perlaksanan program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak SKMM , Tetapi ianya adalah menjadi milik komuniti tempatan . Program ini melibatkan pihak penguasa tempatan serta ketua komuniti , badan - badan kerajaan dan agensi negeri , NGO dan Lain - lain dengan tujuan pembangunan secara jangka panjang dan berterusan .
PROJAK OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM ). BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN IMPAK KEPADA KOMUNITI LUAR BANDAR MENURUSI KEMUDAHAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI.
0 ulasan:
Post a Comment