Daerah: Larut, Matang & Selama
Mukim: Asam Kumbang
Latar BelakangKampung Sungai Relong adalah penempatan setinggan pada tahun 1970. Pemilikan hak milik tanah persendirian telah diusahakan oleh penduduk kampung dan usaha permohonan ini telah diperolehi 75 % pemilikan oleh penduduk buat masa ini.Kini penduduk telah menikmati kemudahan jalan yang diturap sepenuhnya.
Statistik
Dianggarkan terdapat seramai 1340 orang penduduk di sekitar kampung yang 95% terdiri daripada bangsa Melayu. Manakala terdapat lebih kurang 340 buah rumah di kampung ini.Ekonomi.
Punca pendapatan penduduk kampung dari pelbagai sumber pekerjaan. Iaitu dari sektor kerajaan , swasta , persendirian dan pertanian.
Sumber utama penduduk di sini adalah di sektor swasta yang menyumbangkan separuh daripada pendapatan penduduk. Ini berpunca dari kawasan perisdustrian Kamunting yang berhampiran.
Manakala sebilangan kecil penduduk mengusahan sektor pertanian iaitu penanaman kelapa sawit.
Kursus IT Fasa Ke - 3
Program Pembangunan komunikasi Rakyat ( PPKR )
Menjana Usahawan Berteknologi .
Kedaikom berharap akan dapat memperbaiki akses kepada maklumat dan pengetahuan di kalangan masyarakat setempat untuk memberi peluang kepada mereka menjadi sebahagian daripada K- ekonomi dan menggalakan budaya keusahawanan .
0 ulasan:
Post a Comment