Tuesday, August 26, 2008

PROFILE

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNIKASI RAKYAT (PPKR )

  • PPKR Adalah sebuah program yang di anjurkan oleh SKMM untuk meningkatkan kawasan liputan dan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi .
  • PPKR akan dapat membantu komuniti tempatan untuk mengurangkan jurang digital, ainya juga mampu menyediakan peluang untuk memasarkan ekonomi tempatan melalui internet . perkembangan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan celik IT di kalangan luar bandar .
Matlamat PPKR adalah untuk membangun dan melaksanakan program bersepadu yang :-

1. 1 Mempunyai kesan sosio - ekonomi yang positif kepada komuniti.

1.2 Menyediakan perkhidmatan komunikasi sebagai pentas pembangunan kapasiti pada masa kini dan akan datang melalui akses kepada kemudahan rangkaian komunikasi secara berkelompak kepada komuniti tempatan .

Matlamat serta objektif bagi elemen pembangunan kapasiti di dalam PPKR adalah seperti berikut :-

1.1 Membolehkan komuniti diluar bandar menimba kemahiran , pengetahuan dan pengalaman mel
alui penggunaan kemudahan komunikasi dan multimedia.

1.2 menghubungkan komuniti di luar bandar dengan pengetahuan ekonomi sosial dan membantu menggunakan teknologi.

1.3 mempertingkatkan kefahaman infomasi dan peluang untuk komuniti di luar bandar dalam pembangunan sosio - ekonomi .
KEDAI. KOM

kedai KOMUNIKASI RAKYAT yang di kenali sebagai " kedaikom " merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia( SKMM ) dibawah Program Pembangunan komunikasi rakyat( PPKR ) untuk meyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT .

Program ini akan dapat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio - ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang di sediakan .

Kos bagi perlaksanan program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak SKMM , Tetapi ianya adalah menjadi milik komuniti tempatan . Program ini melibatkan pihak penguasa tempatan serta ketua komuniti , badan - badan kerajaan dan agensi negeri , NGO dan Lain - lain dengan tujuan pembangunan secara jangka panjang dan berterusan .
PROJAK OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM ). BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN IMPAK KEPADA KOMUNITI LUAR BANDAR MENURUSI KEMUDAHAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI.

Saturday, August 9, 2008

Sejarah Bandar Taiping

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun
2000, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 199,330 orang (ke-18).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Taiping

Kampung Sungai Relong

Daerah: Larut, Matang & Selama

Mukim: Asam Kumbang

Latar BelakangKampung Sungai Relong adalah penempatan setinggan pada tahun 1970. Pemilikan hak milik tanah persendirian telah diusahakan oleh penduduk kampung dan usaha permohonan ini telah diperolehi 75 % pemilikan oleh penduduk buat masa ini.Kini penduduk telah menikmati kemudahan jalan yang diturap sepenuhnya.

Statistik

Dianggarkan terdapat seramai 1340 orang penduduk di sekitar kampung yang 95% terdiri daripada bangsa Melayu. Manakala terdapat lebih kurang 340 buah rumah di kampung ini.

Ekonomi.

Punca pendapatan penduduk kampung dari pelbagai sumber pekerjaan. Iaitu dari sektor kerajaan , swasta , persendirian dan pertanian.
Sumber utama penduduk di sini adalah di sektor swasta yang menyumbangkan separuh daripada pendapatan penduduk. Ini berpunca dari kawasan perisdustrian Kamunting yang berhampiran.

Manakala sebilangan kecil penduduk mengusahan sektor pertanian iaitu penanaman kelapa sawit.

Kursus IT Fasa Ke - 3

Program Pembangunan komunikasi Rakyat ( PPKR )

Tempat : kedaikom Kg. Sg. Relong

Menjana Usahawan Berteknologi .


Kedaikom berharap akan dapat memperbaiki akses kepada maklumat dan pengetahuan di kalangan masyarakat setempat untuk memberi peluang kepada mereka menjadi sebahagian daripada K- ekonomi dan menggalakan budaya keusahawanan .

PENDIDIKAN

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson -



Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpan.

- Cecil B. DeMille-







AKTIVITI KEDAIKOM KG SG RELONG

Program Latihan Kapasiti
ASMA SURIATI BT AHMAD
wakil perubah kedaikom
kg. sg. relong


Pengusaha : En. Zulhaizan Bin Zainal Abidin
Tel : 05 -

Kedaikom kampung Sungai Relong
34600 kamunting Taiping Perak


PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNIKASI RAKYAT (PPKR )
FASA KE -4

TEMPAT : KEDAIKOM KG . SG . RELONG
TARIKH BERMULA : 08. OGOS. 2008


PERSERTA SEKOLAH RENDAH

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.



Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

PERSERTA SEKOLAH MENENGAH

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire



Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire